F IGURE T EENS
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Kelebihan Menghafaz Al-Quran
Sunday 27 January 2013 • 17:11 • 2 comments
Assalamualaikum :)

Hafiz atau Hafizah merupakan gelaran bagi seorang penghafal Al-Quran. Apakah kelebihan orang yang menghafal Al-Quran ini?

                         

First sekali, orang yang menghafal Al-Quran ini bakal mendapat ganjaran di dunia. Selalu orang tak nampak apa ganjaran seorang hafiz atau hafizah ini di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)



Orang yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran di akhirat semata-mata bahkan di dunia juga. Seperti didalam maksud hadis diatas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz al-Quran merupakan kerabat Allah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan juga hamba-hambanya yang terpilih. Bayangkan anda menjadi salah seorang kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau kerabat sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala Raja.Tidak mahukah kita merebut peluang seperti ini?. Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud hadith riwayat muslim “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” dan banyak lagi ganjaran dan kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran.


Bukan itu sahaja, malahan mayat tidak akan reput di dalam kubur nanti.



Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah


a - Para Nabi
b - Para Syuhada'
c - Para Alim Ulama
d - Para Ahli Jihad
e - Para Hafiz Al-Quran
f - Imam atau pemimpin yang adil
g - Tukang Azan. 
h - Wanita yang mati kelahiran/beranak
i - Orang mati dibunuh atau dianiaya
j - Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang   beriman.


Selain itu, orang yang menghafaz ini, ibu bapa mereka bakal mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

Bukan itu sahaja, malahan orang yang menghafaz ini bakal mendapat pengiktirafan daripada Nabi Muhammad S.A.W.

 Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

Penghafaz al-Quran mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Al-Quran menjanjikan kebaikan kepada penghafaz Al-Quran.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) di akhirat kelak.

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari iamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Begitulah kelebihan orang yang menghafaz Al-Quran, mungkin ada yang menyatakan, tidak cukup masalah, banyak kerjalah. Itu semua alasan, siapa yang inginkan kejayaan, maka hendaklah dia berusaha. Bagi hafiz atau hafizah di luar sana, teruskan beristiqamah untuk menhafaz Al-Quran. Majukan generasi Al-Quran pada zaman kini. Teruskan usaha untuk menghafaz kalam Allah yang indah itu.






FUTURE
MY WORDS;

We don't know about future, but we can plan for it. It's up to us, but Allah is the best planner :)

GIVE ME YOUR WORDS;


OTHERS;


>> O Allah open to me the doors of Your Mercy
HAMBA
ALLAH


>> And put they trust in Allah
YAKIN
PADA-NYA


>> Be patient, Allah is always with us
SABAR
IMAN

BLOG ARCHIVE;