F IGURE T EENS
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
' Andai Itu Takdinya '
Sunday 5 May 2013 • 06:09 • 2 comments
Assalamualaikum =)


"Segala kejadian baik dan buruk dari Allah, tetapi kita diberi pilihan, iaitu ikhtiar untuk menentukan nasibnya"

Setiap kali kita menerima dugaan, pasti kita akan tertanya-tanya. 'Mengapa aku?' 'Apa salah aku?' Walaupun tak pernah terucap, mungkin hati kecil itu masih tertanya-tanya. Tetapi, adakah pernah jika kita mendapat kejayaan seperti 9A dalam periksa, kita tertanya-tanya. 'Mengapa aku dapat 9A?' 'Mengapa aku berjaya?' Sukar sekali hendak berjumpa dengan orang sebegitu rupa. Kita hendaklah tahu bahawa itulah yang dinamakan T A K D I R. 

Although they plan, Allah also plans and Allah is the best of planners. Surah Al-Anfal: 30

Apa yang kita rancang itu tak semestinya yang terbaik untuk kita, kerana Allah lebih mengetahui segalanya. Takdir menentukan segalanya. Kita hanya mampu berusaha agar takdir kita bersama orang yang beriman.  


Kita boleh jadikan cerita di bawah ini sebagai contohnya :

Seorang pelukis baru sahaja menyiapkan lukisan bagi puteri di waktu perkahwinan. Dia melihat lukisan itu sambil mengundur ke belakang. Dalam hatinya, dia memuji lukisannya yang cantik itu. Tanpa dia sedar, di belakangnya terdapat gaung. Seorang lelaki ternampak kejadian itu dan ingin mencegahnya. Dia berfikir, jika dia menjerit, pasti pelukis tersebut akan jatuh. Maka, dia merosakkan lukisan tersebut. Pelukis tersebut berasa terkejut lalu lari ke arah lelaki tersebut dan memarahinya. Lelaki tersebut menceritakan apa yang terjadi, kemudian barulah pelukis tersebut sedar akan kesalahannya memarahi lelaki itu. Dia meminta maaf lalu berterima kasih.

Okayy, apa agaknya iktibar yang dapat kita ambil dari cerita itu? Kita kena tahu, kehidupan ini ibarat kita melakar lukisan. Jika kita hendak kehidupan yang bahagia, pasti kita melakukan setiap perbuatan dengan berhati-hati. Tetapi, kadangkala lukisan yang indah itu akan dimusnahkan kerana Allah tahu bahawa itu bakal menghancurkan kehidupan kita. Sesungguhnya, Allah sudah merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.

                  
Hanya gambar hiasan ^^




PASTFUTURE
MY WORDS;

We don't know about future, but we can plan for it. It's up to us, but Allah is the best planner :)

GIVE ME YOUR WORDS;


OTHERS;


>> O Allah open to me the doors of Your Mercy
HAMBA
ALLAH


>> And put they trust in Allah
YAKIN
PADA-NYA


>> Be patient, Allah is always with us
SABAR
IMAN

BLOG ARCHIVE;

  • :: Friends ::
  • Tension >.< (?)
  • Masa Itu Emas!
  • Cemburu Jadi Cinta [Cerpen]
  • Kelebihan Menghafaz Al-Quran